Friday, December 5, 2008

Kisah 1

Apa Pentingnya Mempunyai Matlamat?


Azman Ching:Hari ini kita hidup dalam dunia ni beberapa puluh tahun sahaja dan akhirnya kita akan meninggalkan dunia ini,tetapi manusia meninggal dengan meninggalkan nama.Tapi nama kita boleh ditinggalkan atau diingati oleh keluarga kita.Tetapi yang paling penting adalah apakah matlamat yang kita capai.


Tak kisahlah matlamat kita pun sama ada nak menjadi serong peguam atau pun doktor,tapi yang paling penting adalah matlamat kita tercapai.Kita boleh tengok yang baru-baru ini,matlamat seseorang angkasawan yang telah tercapai untuk sampai ke angkasa.Kita nampak apabila matlamat kita tercapai,itu akan menjadikan kita sebagai manusia yang lebih positif dan akan meneruskan perjuangannya dalam
kehidupannya.

BILA KITA PUNYAI MATLAMAT KECIL MAKA KECILLAH HASILNYA DAN SEKIRANYA KITA PUNYAI MATLAMAT YANG BESAR MAKA
BESARLAH HAILNYA....

No comments: